Friday, 23 October 2015

Kami berkebun!

Orang-orang Kapit memang suka menanam dan berkebun. Kat taman perumahan yang Cik Yaya menyewa, mana ada tanah, mesti ada yang tanam sayur.. Kangkung, bendi, pucuk manis, jagung, kacang panjang, terung dan macam-macam lagi.. Geram pulak tengok..

Jadi Cik Yaya dan hosmet telah terinspirasi untuk buat kebun kami sendiri. Walaupun kecik tapi cukuplah bagi 'beginner' macam kami ni.. Meh tengok perkembangan di kebun sekangkang kera kami nih..












Tara!!! Selepas 2 bulan, dapat makan sayur hasil titik peluh sendiri... Syioknya tak terkata...

Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada jiran tetangga yang telah memberikan tunjuk ajar dan bantuan dari mula sampai sekarang.. Bantuan tuan puan tidak akan kami lupakan. Nanti bulan 12.. waktu kami cuti, petiklah sayur-sayur tu... Hehe..

Bunyi ayat macam klise kan.. Tak percaya? Betulla.. Kalau nak tau, benih dan tanah, jiran yang bagi.. Nasihat tak terkira la.. 

Sesungguhnya penghargaan ini datang dari hati yang suci dan ikhlas,, Tak percaya lagi? Tak percaya sudah! Bye!

No comments:

Post a Comment