Wednesday, 2 September 2015

Menukar tabung gas penunu bunsen...

Hari ni Cik Yaya dapat belajar ilmu yang baru... Ilmu menukar tabung gas penunu bunsen. Langkah-langkahnya seperti berikut..

1. Buka tiub logam dengan memusingkannya melawan arah jam..



2. Tarik keluar besi penahan di bawah balang gas dan keluarkan balang gas yang kosong.



3. Sedikan balang gas yang baru. Beza balang gas baru dan lama ialah yang lama mesti ada lubang kat bahagian tengah atas (macam dalam gambar sebelah kanan). Balang gas baru tidak berlubang dan tidak perlu dilubangkan sebab ia akan berlubang secara automatik bila kita pasang tiub logam semula.


4. Masukkan balang gas baru. Rapatkan semula besi penahan pada bawah balang gas. Kemudian, pasang tiub logam dengan memutarkan ikut arah jam. Masa putar tiub logam, akan berbunyi desiran.. Jangan bimbang..  Teruskan sahaja mengetatkan tiub logam penunu bunsen tu.. Nanti ia akan berhenti berdesir.


Dah siap. Bolehla cuba nyalakan selepas pasti tiada bau gas atau apa-apa bunyi desiran. Sekian pelajaran kita hari ini. Bertemu lagi dalam kelas yang akan datang...!! Caucincau...!! ekekeke...


2 comments: