Wednesday, 17 June 2015

Trip ke Kuching...

Ha.. Dah setahun kat Sarawak.. Barula dapat berkenalan dengan ibu negeri Sarawak iaitu Bandar KUCHING.. Cik Yaya nak share serba sedikit pengalaman menjelajah Kuching...


Kucing di Kuching..











Menjelajah ke pasar Serikin.. Kat sini ada jual pakaian siap, tikar sarawak, kain pasang, telekung, beg, hiasan-hiasan kraf tangan dan macam-macam lagi.. Kena pandai tawar menawar..


Gunung Santubong yang terkenal dengan lagendanya...






Tempat yang wajib pergi bila ke Kuching... Kampung Budaya Sarawak atau dikenali sebagai Muzium Hidup Sarawak.. Terletak di kaki Gunung Santubong. Kebetulan masa Cik Yaya pergi, tengah berlangsung World Harvest Festival 2015..











Di Kampung Budaya Sarawak ada persembahan tarian tradisional pelbagai etnik di Sarawak seperti Melayu Sarawak dengan tarian Mukun Dendang Siwah, tarian orang Ulu, Kenyah, Penan, Melanau dan Ngajat Rejang Bau. Mereka menari lengkap dengan pakaian tradisional etnik masing-masing.




Kat sini juga ada rumah-rumah tradisi orang Sarawak.. Yang ni rumah orang Penan...











Yang ni rumah orang Ulu. Fuh tinggi!!






Rumah Melanau.. Ada 3 tingkat.





Rumah Melayu..



Rumah Cina..



Rumah Iban..


Ada hasil kraftangan yang dijual di dalam rumah untuk cenderamata para pengunjung...







Sekitar Kuching Waterfront...



Di hadapan Square Tower.. Katanya ini tempat siksaan masa zaman penjajahan Jepun.. hmm






Menaiki tambang (perahu kecil) menyusuri sungai Sarawak..


 

Merasa mee kolok dan laksa sarawak di Kuching..

Setakat ni dulu yang Cik Yaya dapat kongsikan... Banyak sangat tempat menarik di Kuching... Macam nak pergi lagi....  InshaAllah.. ada rezeki akan ke sana lagi... Dengan siapa yer.. Hehe..


No comments:

Post a Comment