Thursday, 25 June 2015

Aish, budak ni!!

Tengokla buku a nak murid Cik Yaya nih! Buku latihan macam buku  kitar semula.. Nak meletop rasa.. Dengan kulit tak dak... Abih semua terkoyak. Kerja yang Cik Yaya bagi memangla dibuat, tapi tak kemas.. Nila budak-budak zaman la ni... Masa Ci Yaya sekolah dulu, nak koyak buku pun takut,, Cikgu kata, dia buleh tau sapa yang koyak buku.. Sebab dia kira bilangan muka surat buku  masa semak..  Takut bukan main.. Ikut logik manala cikgu tu dapat kira.. Tapi kita ni hormat dan patuh pada cikgu.. Tak berani nak buat benda yang tak boleh buat..  Aish geram aih... 


Projek baru..

Tara... Sekali lagi nak buat alas meja... Takat ni baru 2 inci.. Kuikuikui...


No pain no gain!!  Haha..

Thursday, 18 June 2015

SEROJA..

Tengah gila dengar lagu ni sekarang...

Seroja~Search



Terpancar sejalur cahaya
Di kelopaknya seroja
Bak kemilau samarenda
Memukau mata hati ini seketika

Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Dan terkena lontaran senyuman misteri

Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja
Pasti cintakan bersua
Lamunanku tersentak
Lalu ku mendongak
Gemuruh rasa
Terpaku sukma
Dan terkena lontaran senyuman misteri

Siapa gerangan sang puteri
Mengalung cinta dileherku
Dan terus berlari
Aku cuba menangkap bayang bayangnya
Di antara kembang seroja tasik cinta
Tapi malangnya jatuh ke lembah
Berduri dan sepi

Puteri Seroja
Pasti cintakan bersua

Puteri Seroja
Cintakan bersua

Wednesday, 17 June 2015

Selamat Berpuasa!!


Masa paling tak best masa mengajar di dalam kelas ialah waktu budak-budak tekun jawab soalan latihan... Masa tu rasa bosan yang amat...  Kacau kang tak profesional pulak.. kihkihkih.. Akhirnya tadi ada yang buka mulut.. Bukan cikgu yang mula dulu eh... 

"Esok mesti tak nampak botol air cikgu kan.."

Senyum.. dalam hati, eh, botol air ni macam dah jadi trademark aku pulak...

"Esok kan dah puasa.."

"Ha.. Tahu pun awak.. Bila puasa saya tak makan.. Jadi saya lapar.. Kalau awak buat perangai dengan saya, saya telan awak!"

"Mana boleh cikgu, nanti batal puasa.."

"Mana muat mulut cikgu, mesti kembung perut cikgu"

Satu kelas terkekek-kekek ketawa.. Hahaha.. Bising pulak...  Semua nak menyambung kata. Hilang bosan cikgu.. Tapi kerja diorang pulak tergendala.. Tak boleh jadi.. Kena stop nih!

"Dah! dah! Sambung buat keja!"

Bosan pun bosanlah.. Janji kerja budak-budak siap dan PdP mencapai objektif.. Hehe...


========================================================================


Sedar tak sedar, esok puasa.. Ini puasa kali kedua di Kapit.. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk berpuasa.. Cuaca kat Kapit sekarang ni sangat panas kerana kemarau. Cik Yaya pula mengajar di sesi petang.. Kesihatan pun tak berapa baik. Batuk selalu... Mencabar rasanya Ramadhan kali ni...

Apa-apa pun, mesti yakin boleh.. Kewajiban mesti ditunaikan.. hehe.. Selamat Datang Ramadhan!!



Trip ke Kuching...

Ha.. Dah setahun kat Sarawak.. Barula dapat berkenalan dengan ibu negeri Sarawak iaitu Bandar KUCHING.. Cik Yaya nak share serba sedikit pengalaman menjelajah Kuching...


Kucing di Kuching..











Menjelajah ke pasar Serikin.. Kat sini ada jual pakaian siap, tikar sarawak, kain pasang, telekung, beg, hiasan-hiasan kraf tangan dan macam-macam lagi.. Kena pandai tawar menawar..


Gunung Santubong yang terkenal dengan lagendanya...






Tempat yang wajib pergi bila ke Kuching... Kampung Budaya Sarawak atau dikenali sebagai Muzium Hidup Sarawak.. Terletak di kaki Gunung Santubong. Kebetulan masa Cik Yaya pergi, tengah berlangsung World Harvest Festival 2015..











Di Kampung Budaya Sarawak ada persembahan tarian tradisional pelbagai etnik di Sarawak seperti Melayu Sarawak dengan tarian Mukun Dendang Siwah, tarian orang Ulu, Kenyah, Penan, Melanau dan Ngajat Rejang Bau. Mereka menari lengkap dengan pakaian tradisional etnik masing-masing.




Kat sini juga ada rumah-rumah tradisi orang Sarawak.. Yang ni rumah orang Penan...











Yang ni rumah orang Ulu. Fuh tinggi!!






Rumah Melanau.. Ada 3 tingkat.





Rumah Melayu..



Rumah Cina..



Rumah Iban..


Ada hasil kraftangan yang dijual di dalam rumah untuk cenderamata para pengunjung...







Sekitar Kuching Waterfront...



Di hadapan Square Tower.. Katanya ini tempat siksaan masa zaman penjajahan Jepun.. hmm






Menaiki tambang (perahu kecil) menyusuri sungai Sarawak..


 

Merasa mee kolok dan laksa sarawak di Kuching..

Setakat ni dulu yang Cik Yaya dapat kongsikan... Banyak sangat tempat menarik di Kuching... Macam nak pergi lagi....  InshaAllah.. ada rezeki akan ke sana lagi... Dengan siapa yer.. Hehe..