Sunday, 8 March 2015

Rasa hati..

Sekarang pukul 4.20 pagi. Cik Yaya terdengar kokokan ayam.. Kokokan tu membuatkan Cik Yaya rindukan rumah. Alangkah selesanya kalau berada di rumah saat ni. Dari dulu lagi.. Sejak dari matrikulasi, sejak dari zaman universiti.. Sampailah sekarang.. Perasaan yang sama... Kokokan tu membuat Cik Yaya rindukan kehangatan kasih sayang di rumah. Rindukan desir angin yang menderu.. Rindukan mentari yang menyinar.. Suasana yang tercipta berbeza bila berada di rumah. Membahagiakan... 

Sungguh, Cik Yaya rindukan rumah!! (T_T)

Thursday, 5 March 2015

Melepas gian mengekek...

Mangsa: Ahli Kelab Pengguna, Ahli Kelab Robotik dan Rekacipta, Ahli Kelab ERT, serta guru-guru pengiring (nasib ler korang)
Lokasi: Bilik ERT
Aktiviti: Bergotong-royong membersihkan dan mengemas bilik ERT (itu pelan asal)
Menu yang terpaksa dijamah: Penkek dan kek coklat (Hasil melepaskan gian)
Reaksi: Muka kelat, mulut terpaksa menelan dan kepala mengangguk-ngangguk (haha)




Nak cikgu masak lagi ke?? Haha..