Sunday, 26 October 2014

Pantun terjatuh cinta..





Minum madu dengan selasih,
kain carik digunting budak;
Dari bertemu baik selisih,
Mata melirik bertentang tidak.

Burung nuri di tengah padang,
Sedang berjalan mendabik dada;
Dari jauh aku memandang,
Bila berdepan gemuruh melanda.

Burung helang terbang melata,
Disambar buaya tiada terduga;
Sudah ku halang  pelbagai cara,
Apakan daya fitrah manusia.

Indah taman dengan pepohon,
Wangi terhidu bunga seroja;
Kepada tuhan aku bermohon,
Semoga bertemu jalan bahagia.

No comments:

Post a Comment