Selamat Hari Raya!!!
Meh nak cerita apa yang dah jadi hari ni..
Pagi-pagi lagi Cik Yaya dan kawan-kawan pergi sembahyang raya.. Oleh sebab dekat sini tak ramai orang Islam, jadi taklah ramai orang di masjid. Kebanyakkannya adalah cikgu-cikgu semenanjung yang tak balik..
Ini la juadah yang Cik Yaya dan hosmet sediakan sempena Aidiladha kali ni.. Sangat ringkas.. Hanya ada nasi impit, kuah kacang, rendang dan sebiji kek. Tak lupa juga kerepek-kerepek yang dipos oleh mak dan ayah Cik Yaya..
Selepas menjamu selera, kami keluar beraya... Konvoi beramai-ramai..
Antara juadah yang disediakan oleh tuan rumah.. Sedap sangat.. Terima kasih sebab sudi terima kunjungan kami.. Tahun depan kami datang lagi yer.. Hahaha..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha 2014 dari kami warga SMK Kapit No.2 untuk semua!!
No comments:
Post a Comment