Tahun ni boleh kata Cik Yaya banyak mengubah kebiasaan. Selama ni, Cik Yaya selalu beranggapan bahawa 'setia' adalah satu kebanggaan dan sangat perlu dalam kehidupan. Takut untuk curang.
Contohnya telco telefon. Cik Yaya guna telco yang sama selama lebih kurang 15 tahun. Bersabar dengan segala ragam. Awal tahun ni, Cik Yaya ambil keputusan untuk bertukar. Keputusan drastik yang Cik Yaya buat masa tengah membeli belah di sebuah mall. Hasilnya agak mengejutkan. Bahagia dan hilang beban yang ditanggung. Walaupon pada mulanya agak ragu dengan keputusan sendiri. Banyak lagi benda dan perkara lain yang telah Cik Yaya curangi dan mungkiri tahun ni. Dan setakat hari ni, semuanya memberi kebaikan.
Terasa bodohnya di situ bila memikirkan kesetiaan yang Cik Yaya berikan selama ini. Berapa banyak pilihan yang Cik Yaya ada, tapi tidak pernah dipertimbangkan. Semuanya atas dasar kesetiaan.
Biar pon lambat kesedaran ni datang, Cik Yaya tetap gembira dan menghargainya. Pengalaman hidup yang bermakna. Lepas ni, Cik Yaya takkan teragak-agak lagi dengan perubahan!! Tak mahu setia lagi.. Jom curang! Yey!