Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan tanggungjawab dia dengan lebih efisien dan teratur. Kalau x de jadual waktu, apa akan jadi? Buatlah rancangan mengajar yang tip top sekalipon, ia tetap x dapat dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kenapa Cik Yaya nak bercakap tentang jadual waktu? Sebab sekarang ni Cik Yaya dah sedar bertapa pentingnya jadual waktu yang baik dan adil. Pertamanya, untuk mengurangkan stress cikgu. Bayangkan kalau dapat 6 masa sederet. Lepas kelas ini, sambung kelas itu pula. Lepas kelas itu, masuk kelas lain pula.. Dalam setiap kelas pula, bercakap tak berhenti. Yelah, menyampaikan ilmu, suara adalah senjata utama. Dalam kelas juga melayan kerenah pelbagai jenis murid. Ada yang banyak cakap, ada yang pasif, ada yang suka bertanya, ada yang menganggu kawan, ada yang mengadu domba, ada yang begitu dan ada yang begini. Penat + letih + tertekan. Wow!! Kombinasi yang meletop!! Apa lagi? Meluap-luap rasa. Silap-silap hari bulan baka singa memunculkan diri!! Bom atom meledak dalam kelas. Betul x?
Keduanya, guru tak terbeban dengan relief atau sit in yang tidak adil. Ini takkan berlaku kalau jadual setiap hari sama rata.. Dan ditetapkan had maksimum dan minimum untuk guru setiap hari. Barula cikgu tak bermasam muka setiap kali mendapat slip relief.. Kan?
Oleh itu, sesiapa yang membuat jadual, tolonglah fikirkan keselesaan dan permudahkanlah urusan kawan-kawan yang lain. Jangan mementingkan diri saja. Karang ditimpa bencana kerana setiap hari disumpah seranah oleh orang yang dianiaya. Pihak pentadbir pon, sebelom mengesahkan jadual tu, telitilah.. Sempat tak seseorang guru tu bernafas, makan dan sebagainya. Senang cerita, fikirkan diri sendiri kalau berada di tempat yang sama. Kata nak sekolah cemerlang.. Jagalah anak buah dengan cemerlang dulu. Biar bermotivasi dan tidak tertekan. Bantu mereka supaya mereka dapat membantu sekolah.
No comments:
Post a Comment