Saturday, 5 December 2015

Cek Mek Molek..

Cik Yaya sangat suka kubi keledek.. Apa-apa sajian yang menggunakan ubi keledek pun Cik Yaya suka.. Termasuklah kuih Cek Mek Molek. Hari ni ngidam nak makan kuih ni.. Apa lagi, jom buat!




Awat Cek Mek Molek Cik Yaya tak molek pon.. Huhu... (T_T) Tapi Alhamdulillah.. Kenyang!

Friday, 4 December 2015

Hadiah comel untuk kawan-kawan comel...


Kursus terjemahan Cik Yaya dah sampai ke sesi akhir iaitu sesi keempat. Semasa berkursus, Cik Yaya kamcing ngan 2 orang kawan.. Memang sekepala.. Rasa macam dah kenal 10 tahun.. Comel-comel je diorang.. Berat kurang dari 50kg..Hehe.. Sebagai tanda ingatan, Cik Yaya kaitkan keychain untuk diorang.. Harap-harap diorang suka.. 

Pesanan: 

Buat Adawiyah dan Wahidah, terima kasih sebab sudi berkawan dengan Cik Yaya.. Korang telah menceriakan hari-hari berkursus kita.. Terutama time makan.. Time favourite kita.. Hehe.. Semoga korang gembira menerima hadiah kecil ini.. Sampai patah jarum mengait I tau.. Punyala bersemangat nak siapkan.. Hehe.. Semoga akan ada kesempatan untuk kita berjumpa lagi.. Majulah penterjemah untuk negara!! Yey!!

Nasi Goreng Budu...


Alhamdulillah... Rezeki bercucuk tanam.. Bila petik syiok.. Tapi tak tau nak masak apa.. 
Akhirnya, tercetus idea nak buat nasi goreng budu.. 
Cik Yaya nak kongsi resepi Nasi Goreng Budu versi Cik Yaya.


Memula tumis bawang.


Kemudian masukkan sayur-sayuran.


Kacau-kacau... Biar masak.


Masukkan budu. 


Masukkan nasi.


Gaul sebati. masukkan garam dan perasa.. Garam jangan letak banyak sangat.. Budu kan dah masin..



Taarrraa!! Siap untuk dimakan. Lebuh enak dimakan bersama ikan bilis goreng. Yummy2!!

Selamat Mencuba!!