Thursday, 13 March 2014

Ke Sarawak..

Alhamdulillah.. Dah hampir sebulan Cik Yaya kat Sarawak. Baru hari ni ada kelapangan untuk update blog Cik Yaya nih.. Maklumlah bila di tempat baru, kehidupan pun baru.. Semuanya perlu diset semula.. Jadi agak sibuk sedikit. Hari ni Cik Yaya nak ceritakan cerita perjalanan Cik Yaya menjejakkan kaki kali pertama ke Sarawak. huh! Legend nih...

Pada 17 hb , Cik Yaya menghadiri Majlis Orientasi di sebuah hotel di Klang bersama-sama kawan-kawan yang dipostingkan ke Sabah dan Labuan.. Ini sahaja bekalan yang Cik Yaya bawa ke tempat baru nanti..




Pada pagi 18 hb pula, kami bergerak ke KLIA untuk berlepas ke destinasi masing-masing. Yang ke Sarawak akan berlepas ke Kuching.








Setelah sampai di Kuching, kami diberikan satu lagi sesi orientasi. Pada malamnya, barulah kami diberitahu nama sekolah dan lokasi. Sangat mendebarkan.. Pelbagai reaksi dapat Cik Yaya lihat malam tu. Ada yang menangis, ada yang gembira, ada yang macam-macam lah.. Bagi Cik Yaya pulak, Cik Yaya cuba berfikiran positif. Tak kenal maka tak cinta.. betul tak? 


Cik Yaya ditempatkan di sebuah sekolah di daerah kapit. Untuk ke Kapit, dari Kuching kena fly ke Sibu. Selepas itu, perlu menaiki bot selama 3 jam. Jadi keesokan harinya iaitu pada 19 hb Cik Yaya pun berlepas ke Sibu.






Dan selepas itu, ke Kapit dengan menaiki bot ekspress.





Dah sampai ke tempat yang dituju.. Penat dah. Rehat jap. Nanti Cik Yaya sambung cerita k..



No comments:

Post a Comment