Sunday, 16 March 2014

Pasar Kapit

Hari ni Cik Yaya pergi pasar untuk beli barang-barang dapur. Jom ikut sekali!




Rupenye kat sini buah kelubi dipanggil maram.. oooo..




Kat bangunan ni pulak tempat beli ayam segar yang halal dan barangan runcit...

Ok, dah beli semua. Jom balik rumah...


Saturday, 15 March 2014

Cik Yaya merempit di Kapit (psst.. dengan boyfriend baru lagi..)

Gosip jangan tak gosip.. Haha... Saja ja... Sebenarnya ni la boyfriend yang Cik Yaya maksudkan..



Inilah 'kaki' semua cikgu cikgi yang asal semenanjung kat sini.. Boleh dikatakan semua cikgu semenanjung akan ada motosikal. Pengangkutan utama kami.. Kereta biasanya milik cikgu-cikgu tempatan atau cikgu-cikgu senior. Huhu..

Apa lagi? Moh la kita merempit ke sekolah!!

Senja di perantauan... hikhik..



Perantauanla sangat... huhu..

Rindu serindu rindunya...

Antara gambar yang diambil oleh adik Cik  Yaya, Haziq sebelum Cik Yaya datang ke Sarawak.. Untuk mengubat rindu.. Sob sob...







Home sweet home...

Sekitar sekolah..

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO. 2!!!






Cantikkan... hehe..

Setelah sampai ke Kapit...

Setelah sampai, Cik Yaya disambut oleh GPK 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No 2. Bersama-sama dengan beliau ialah 2 orang guru yang bakal menjadi Hosmet Cik Yaya. Seterusnya, Cik Yaya di bawa ke rumah sewa. Cantik rumah sewa Cik Yaya.. Tak percaya? hah, tengok ni..



Inilah kawasan rumah sewa Cik Yaya. Besarkan rumah kat sini. Alhamdulillah.. Fully furnish. Hosmet comel2 dan baik belaka...  Tuan rumah pun ok. 

Esoknya, Cik Yaya kena pergi sekolah melapor diri buat kali pertama.. huh, nerves!

Thursday, 13 March 2014

Ke Sarawak..

Alhamdulillah.. Dah hampir sebulan Cik Yaya kat Sarawak. Baru hari ni ada kelapangan untuk update blog Cik Yaya nih.. Maklumlah bila di tempat baru, kehidupan pun baru.. Semuanya perlu diset semula.. Jadi agak sibuk sedikit. Hari ni Cik Yaya nak ceritakan cerita perjalanan Cik Yaya menjejakkan kaki kali pertama ke Sarawak. huh! Legend nih...

Pada 17 hb , Cik Yaya menghadiri Majlis Orientasi di sebuah hotel di Klang bersama-sama kawan-kawan yang dipostingkan ke Sabah dan Labuan.. Ini sahaja bekalan yang Cik Yaya bawa ke tempat baru nanti..




Pada pagi 18 hb pula, kami bergerak ke KLIA untuk berlepas ke destinasi masing-masing. Yang ke Sarawak akan berlepas ke Kuching.








Setelah sampai di Kuching, kami diberikan satu lagi sesi orientasi. Pada malamnya, barulah kami diberitahu nama sekolah dan lokasi. Sangat mendebarkan.. Pelbagai reaksi dapat Cik Yaya lihat malam tu. Ada yang menangis, ada yang gembira, ada yang macam-macam lah.. Bagi Cik Yaya pulak, Cik Yaya cuba berfikiran positif. Tak kenal maka tak cinta.. betul tak? 


Cik Yaya ditempatkan di sebuah sekolah di daerah kapit. Untuk ke Kapit, dari Kuching kena fly ke Sibu. Selepas itu, perlu menaiki bot selama 3 jam. Jadi keesokan harinya iaitu pada 19 hb Cik Yaya pun berlepas ke Sibu.






Dan selepas itu, ke Kapit dengan menaiki bot ekspress.





Dah sampai ke tempat yang dituju.. Penat dah. Rehat jap. Nanti Cik Yaya sambung cerita k..