Thursday, 15 October 2020

Pengaruh Korea..


Cer teka apa benda ni? Inila sup seaweed. Selalu tengok dalam cerita Korea. Carila resepi kat internet. Cik Yaya pon beli la benda alah ni kat shopee. Pastu gigihla masak.. Rasa macam mana? Sedapppp.. Kena la dengan selera. Tak tau la rasa original macam mana sebab tak pernah makan. Harap-harap menyamai la..

Siapa kata kalau kita minat K-Pop kita hanya melagha? Hehe.. Boleh kenal budaya negara lain apa.. Tau bahasa depa sikit-sikit.. Makanan depa.. Tengok keindahan negara depa.. Betoi dak?

Sebenarnya semua ada baik buruk. Bagi Cik Yaya, asalkan kita tak berlebih-lebihan, kita akan selamat. Jangan terlalu obses, jangan sampai lupa jati diri sendiri.. Jangan ikut perkara-perkara negatif dalam drama ke.. Filem ke.. Lagu ke.. Contoh senangkan, pakaian mereka yang mencolok mata. Sangat menyimpang daripada tuntutan agama.. Contoh lainnya, Bahasa Inggeris yang broken yang selalu ada dalam lagu korea. Biasa jumpa kan? Ajaibnya lagu diorang tetap popular dengan grammar dan pronunciation yang ke laut tu. Waima orang putih sendiri menerima lagu yang broken tu.. Pelik tapi benar.. 

Pendek kata, bersederhanalah.. Jangan keterlaluan dalam sesuatu perkara. Hampa setuju dak?





 

Tuesday, 13 October 2020

Resepi Patin Masak Tempoyak

 


Pertama kali buat..  Aaaaa... Sedapppp

Hehe.. Ni bukan lauk yang biasa dimakan di rumah. Tapi tak taulah kenapa, rasa teringin sangat.. Makanya cari  resepi di internet dan buat.. Jadiiiii!!! Ha, mana Cik Yaya tau jadi? Sebab rasa sebijik macam makan kat kedai.. Kompem!! Haha.. Nak tulis resepi la kat sini supaya tak lupa.. Nanti boleh buat lagi. Yey!

Bahan

1. Ikan patin

2. 2 senduk kayu tempoyak

3. Sejemput daun kesom

4. 3 biji cili padi diketuk saja sebab I is tak tahan pedas.. Nak tumbuk pun boleh..

5. 2cm kunyit hidup ditumbuk atau sesudu teh serbuk kunyit

6. Air secukupnya

7. Garam secukupnya

Cara

1. Campak semua kecuali ikan patin ke dalam periuk atau kuali.

2, Masak sampai mendidih.

3. Lepas mendidih, bolehla masukkan ikan patin.

4. Reneh api perlahan sampai ikan patin masak.

5. Sedia untuk dihidang... Mudahnyaaa..


Sekian resepi.. Selamat mencubaaa..

Sunday, 11 October 2020

Resepi Puding Roti Karamel

 Tiada gambar nak tunjuk. Cuma nak kongsi resepi..


Bahan karamel

-8 sudu besar gula

Bahan puding

-6 keping roti gardenia

-12 sudu besar gula

-6 biji telur

-1cawan air

-1 tin susu sejat

-esen vanilla


Cata-caranya

-Karamelkan gula dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk dan mengeras.

-Carik roti dan rendamkan ke dalam air.

-Masukkan telur, gula, susu sejat, roti, esen dan air ke dalam pengisar dan kisar sampai sebati.

-Kemudian tuang adunan di atas gula karamel yang telah keras.

-Kukus selama 30 minit.

-Selepas 30 minit, tutup api dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, dinginkan dalam peti sejuk.

-Sedia untuk dinikmati.


Sedapppp :P

-

Tuesday, 6 October 2020

Mask extender

 





Comeiii kan... Saya suka saya suka.. Yang jual semua pendek-pendek. Oleh sebab kepala Cik Yaya besaq (bukan besaq kepala na..), kenala buat sendiri.. Haha.. 

Saturday, 3 October 2020

Resepi air kurma epal

 Tak taula wujud ke tidak air ni. Tapi setakat hari ni Cik Yaya minum, masih sihat. Takde lagi keracunan. Rasanya selamat kot..

Bahan

1) Buah epal hijau - sebiji

2) Kurma - ikut suka kalau nak manis, letak banyak, tak mau manis, letak sikit.

Cara

1) Buang biji kurma dan rendam dalam air panas.

2) Kupaslah kulit epal..

3) Bila air panas dah sejuk, kisarlah dua bahan tu sampai hancur.

4) Tuang dalam gelas berisi ais..

5) Sedia untuk diminum..



Sedap.. Selamat mencuba!!


Thursday, 20 August 2020

I,ll never love again

 I'll Never Love Again

Wish I could, I could've said goodbye
I would've said what I wanted to
Maybe even cried for you
If I knew it would be the last time
I would've broke my heart in two
Tryna save a part of you
Don't wanna feel another touch
Don't wanna start another fire
Don't wanna know another kiss
No other name fallin' off my lips
Don't wanna give my heart away
To another stranger
Or let another day begin
Won't even let the sunlight in
No, I'll never love again
I'll never love again, oh, oh, oh, oh
When we first met
I never thought that I would fall
I never thought that I'd find myself
Lying in your arms, mm, mm
And I wanna pretend that it's not true
Oh, baby, that you're gone
'Cause my world keeps turnin', and turnin', and turnin'
And I'm not movin' on
Don't wanna feel another


I'll Never Fall In Love Again - Kisungh Koh. | Never fall in love ...


Ssshhh, Jangan Tanya!

Cuti sekolah sekarang ni. Takut nak balik kampung. Haha.. Kenapa? Takut kena tanya pasal jodoh.. Arghhh, stress tau x.. 

Tolong la paham.. Takde perempuan dalam dunia ni yang nak jadi andartu. Setiap andartu mesti ada kisah sendiri. Tolongla jangan tanya. Hanya yang mengalami je yang tahu.

Ada orang tak pandai berenang, jadi dia tak nak terjun sungai.. Janganla korang tendang dia masuk dalam sungai.. Lemasla dia nanti. Tak baik tau.. Biarla dia cari kekuatan, belajar pelan-pelan.. 

Bukan semua orang gagah perkasa untuk bercinta. Ingat cinta ni semudah ABC ke? Bagi Cik Yaya, mencintai adalah perkara paling susuah dalam dunia. Sebab tu bila Cik Yaya dapat kad kahwin, Cik Yaya akan kagum pada 2 nama yang tercatat pada kad tu. Sesungguhnya, diorang ni terbukti berhati waja! 

Paling susah  bila dah jatuh cinta ialah menjaga hati dan pemikiran sendiri. Kenapa? Sebab segalanya berpunca dari diri sendiri. Cik Yaya memang terkenal gagal dalam hal ni. Sebab tu hubungan sebelum ni pun GAGAL. 

Okey.. Masalahnya dalam cinta ada pakej sayang, benci, rindu, dendam, takut, risau, sakit hati dan gila!! Dalam hidup ni hanya ada Ya atau Tidak. Tapi bila masuk bab cinta, banyak pulak yang muncul antara Ya dan Tidak tu. Mungkin... Ye ke?... Masih? Pasti? Tak retila nak timbang bahagi.

Semua tu memeningkan kepala. Jadi ,Cik Yaya dah buat keputusan untuk sendiri. Sendiri tu lebih selesa. Cik Yaya letih berperang dengan hati bila bercinta. Mungkin Cik Yaya bukan orang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan. 

Konsep mudahnya, kalau tak tahan pedas, kenapa nak menyeksa diri makan sambal belacan? Gila!

Apa-apa yang jadi lepas ni, Cik Yaya serahkan kepada Allah SWT. Jadi jangan tanya lagi okey..

Sssshhhhh....


Take life easy Follow you... | Quotes & Writings by Jolene Sama ...