Sunday, 27 May 2018

Hidangan rare di rumah

Semenjak dok rumah mak ni, rajin pulak nak memasak. Segala benda nak di cuba.. 

Believe it or not, chang is in the house!!! Haha.. Nampak tak kegigihannya di situ. Rare kan? Kan? Hmm.. Nampak macam sama tapi tak sama.. Rasa macam sama tapi tak sama jugak.. Huhu.. Okla.. Dapat hilangkan mengidam.. Susah gila nak balut.. Bila rebus asik terburai ja.. Kena banyak praktis lagi ni.. Jiayou!!

Tahu dak ni apa? Ha.. Ni la ketupat sotong. Perghh.. Asik menjengah resepi di dinding muka buku. Jadi Cik Yaya pon buat la.. Resepi yang Cik Yaya cuba ni adalah kacukkan ketupat sotong Terengganu dan ketupat sotong Kelantan.. Apa rasa? Malas nak cerita la hai. Apa kata korang google ja resepi tu, lepas tu buat dan rasa sendiri. Haha.. Kejam dak? 

Uish.. Kuih feveret nih.. Kuih dangai.. Selalunya pi beli kat pasar malam ja.. Tapi buat sendiri lagi puas hati wei.. Mudah pulak tu.. Memang rare!! Sebiji nyok untuk sebiji dangai. Acuan pon tak dak. Cik Yaya belasah dalam periuk ajaib saja. Macam biasala.. Rupa tu tak penting. Apa yang penting? Kerjasama. Eh, salah. Yang penting RASA!! Hehe..

😎😎Nak cuba apa lagi eh.. Hehehe..

JADUAL WAKTU!!


Ok! Benda ni adalah nadi seorang cikgu. JADUAL WAKTU? Ya, jadual waktu. Kenapa? Sebab dengan adanya jadual waktu, guru dapat menjalankan tanggungjawab dia dengan lebih efisien dan teratur. Kalau x de jadual waktu, apa akan jadi? Buatlah rancangan mengajar yang tip top sekalipon, ia tetap x dapat dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Kenapa Cik Yaya nak bercakap tentang jadual waktu? Sebab sekarang ni Cik Yaya dah sedar bertapa pentingnya jadual waktu yang baik dan adil. Pertamanya, untuk mengurangkan stress cikgu. Bayangkan kalau dapat 6 masa sederet. Lepas kelas ini, sambung kelas itu pula. Lepas kelas itu, masuk kelas lain pula.. Dalam setiap kelas pula, bercakap tak berhenti. Yelah, menyampaikan ilmu, suara adalah senjata utama. Dalam kelas juga melayan kerenah pelbagai jenis murid. Ada yang banyak cakap, ada yang pasif, ada yang suka bertanya, ada yang menganggu kawan, ada yang mengadu domba, ada yang begitu dan ada yang begini. Penat + letih + tertekan. Wow!! Kombinasi yang meletop!! Apa lagi? Meluap-luap rasa. Silap-silap hari bulan baka singa memunculkan diri!! Bom atom meledak dalam kelas. Betul x? 

Keduanya, guru tak terbeban dengan relief atau sit in yang tidak adil. Ini takkan berlaku kalau jadual setiap hari sama rata.. Dan ditetapkan had maksimum dan minimum untuk guru setiap hari. Barula cikgu tak bermasam muka setiap kali mendapat slip relief..  Kan?

Oleh itu, sesiapa yang membuat jadual, tolonglah fikirkan keselesaan dan permudahkanlah urusan kawan-kawan yang lain. Jangan mementingkan diri saja. Karang ditimpa bencana kerana setiap hari disumpah seranah oleh orang yang dianiaya. Pihak pentadbir pon, sebelom mengesahkan jadual tu, telitilah.. Sempat tak seseorang guru tu bernafas, makan dan sebagainya. Senang cerita, fikirkan diri sendiri kalau berada di tempat yang sama. Kata nak sekolah cemerlang.. Jagalah anak buah dengan cemerlang dulu. Biar bermotivasi dan tidak tertekan. Bantu mereka supaya mereka dapat membantu sekolah. 

Resepi kek span Sunquick

Sedap banget dong!! Haha.. Rasa lemak, masam, masin dan manis.

Resepi

Bahan-bahan
1.4 biji telur diasingkan putih dan kuningnya
2. 1 sudu besar cuka atau cream tartar
3. 100g gula kastor
4. 120g tepung gandum
5. 1/2 sudu teh garam
6. 30g minyak
7. 40g sunquick
8. 1 sudubesar parutan kulit oren

Cara-cara
1. Putar telur putih dengan cuka dan gula sehingga kembang. Gunakan mixer utk step ni.
2. Masukkan telur kuning. Kaup balik menggunakan whisk.
3. Seterusnya madukkan tepung dan garam.
4. Masukkan minyak, sunquick dan patutan kulit oren. Kaup sebati..
5. Masukkan ke dalam loyang.. Alas dengan baking paper. Tak perlu dioles minyak atau mentega.
6. Sedia untuk dibakar.
7. Bila dan masak, keluarkan dan sejukkan dulu sebelum dipotong..

Cik Yaya lapiskan dengan fresh cream.. Yummmyy!! Walaupon rupanya begini... Haha.. Tak pandai nak deko-deko ni.. Tau nak ngap saja!! Kuangkuangkuang. SELAMAT MENCUBA...


Saturday, 24 March 2018

Mengidam laksa Sarawak

Tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat pertama posting.. Hehe.. Kita tukar sikit peribahasa tu.. Serius.. Kadang-kadang rindu bertamu di hati.. Teringat segala memori..  Bila skrol muka buku, membaca khabar yang disana, menitis air mata.. Bukan tak bersyukur dapat kembali ke pangkuan ayah bonda, tapi adat berpisah.. Jauh di mata dekat dihati. 4 tahun bukan singkat.. Banyak kenangan yang terpasak.. Allah.. Tentukanlah yang terbaik buat hambamu ini.. Amin..

Nasib dirumah masih ada pes laksa.. Dapatlah buat sendiri.. Versi sendiri sebabnya main campak segala yang perlu. Kalau nak ikutkan kena asing-asingkan.. Ahh.. Tak kisahla..  Janji bau dan rasa tu ada.. Asal sampai hajat di hati.. Alhamdulillah.. 


Berkursus dengan kawan baru

Stress!! Serius stress!! Susahnya nak terima keadaan baru ni.. Sekarang ni mode 'sedang bertahan'. Tak tau nak terang macam mana.. Tak tau nak berakhir macam mana.. Apa kesudahannya.. Biar masa yang menentukan.. Masa yang akan terus berjalan.. Masa yang tidak ada istilah menunggu.. Masa yang kejam pada aku..






Gambar ni menjadi saksi satu sejarah kehidupan tahun 2018. Nampak macam normal kan.. Tapi entah apa dalam fikiran. Meski wajah tersenyum nipis.. Sehari sahaja.. Berkursus dengan kawan-kawan baru yang belum dikenali hati budinya. Belum ditelaah bahasa tubuhnya. 

Banyak lagi cubaan berani mati selepas ni.. Ambil risiko terjun ke dalam sungai yang dalam. Entah timbul, entah tenggelam. Tunggu dan lihat.. Semoga ada kudrat untuk bertahan..

Friday, 23 March 2018

"Tersedar kau hilang di hati"

Hidup Dalam Mati - Syamel -

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati


Friday, 9 March 2018

Perpisahan

Bila berlaku perpisahan, aku sesat..
Sesat dalam ketakutan..

Aku takut dengan wajah-wajah baru.
Aku takut dengan ketakbiasaan.
Aku takut dengan kebodohan.
Aku takut dengan momokan.

Semoga semuanya baik-baik saja..
Bantu aku Ya Allah..
Berikan aku kekuatan untuk menempuh semuanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..