Friday, 7 June 2024

Ikut Lawatan (3)

Hai hai hai.. Jumpa lagiii

Sebelum  balik ke rumah, kami berjalan-jalan dulu. Destinasi pertama tentulah Rantau Panjang. Kita makan dulu!




Air favourite sepanjang perjalanan. Dari Thailand sampai ke Malaysia. Blue Lemon Soda. 




Lepas tu barulah menjamu.mata sambil membeli belah.



Singgah di tepi pantai.. Pantai Penarik Setiu.. Anginnya menggoda sungguh.. Ralit dok situ..

Melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Kami singgah juga kat gerai-gerai di situ. Misi mencari makan malam. Tapi macam biasa, Cik Yaya bukan pendokumentasi berjaya. Sokmo tak ingat nak ambil gambar. Kalau telepon dah menetap dalam beg, payahla nak ditarik keluar. 

Lepas habis makan, terus bergerak balik sampaila ke rumah. Alhamdulillah. Selamat sampai masing-masing. Berakhirlah perjalanan kami.. Terima kasih Allah.. 



 

Wednesday, 5 June 2024

Ikut Lawatan (2)

Hai hai hai! Welcome back guys.

Sambung cerita, selain daripada melawat universiti dan sekolah  kami juga pergi menyinggah ke tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan.

Nakhon Si Thammarat Provincial Central Mosque

Masjid Kersik atau juga Kerisik, Kerisek, Krisek Keresik, Kresik, Kresek, Krue Se dan Gresik atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Muzaffar Shah atau "Masjid Pintu Gerbang". Banyak kan namanya. Cik Yaya pernah tengok pasal masjid ni dalam salah satu episod dokumentari Atlas Masjid Nusantara. Tak sangka dapat melihat sendiri di depan mata. Happy! Alhamdulillah




Pergi shopping kat Nora Plaza. Banyak barang kulit dan kraftangan kat sini.

Kali kedua menjejakkan kaki ke Samila Beach.

Kali pertama makan snack ni kat Samila.. Cucur udang yang penuh udang. Sampai Cik Yaya recreate balik kat rumah. Haha.. Nanti Cik Yaya tunjuk dalam post lain ye.. Sipi-sipi kejadiannya. Sama tapi tak serupa.  (Show off mode on, hahaha)

Misi mencari benda alah ni di sepanjang Samila Beach sebab pernah makan kat sini dulu. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Yey, puas hati!

Melawat Khlong Hae Floating Market lagi..


Sekali lagi saya ingin membuktikan bertapa setianya Cik Yaya. Banyak-banyak makanan yang terjual di Floating market tu, Cik Yaya hanya mencari dua makanan ni je. Sebabnya inilah yang Cik Yaya makan masa kali pertama datang dulu. Hmmm..


Kali pertama ke Kaysorn Sorvenir Shop. Macam-macam ada kat sini. Cenderahati macam keychain, buah-buahan kering, kekacang, sabun, pakaian, beg, minyak angin, baju dan macam-macam lagi. Memang one stop center lah.

Akhir sekali singgah ke Sakom Beach Market. Tapi sayangnya Cik Yaya tak sempat snap gambar sebab terlalu sibuk memborong kacang-kacang dan buah-buah kering. Memang best dan rambang mata. 

Gambar dari google. 

Dari Sakom, kami terus balik ke Malaysia. Berakhirlah perjalanan lawatan penanda aras kami. Tetapi, kami tak terus balik ke rumah, Cik Yaya dan kawan-kawan lanjutkan lagi dengan menjelajah dalam Malaysia pula. Hahaha.. Nantikan laporannya...

Monday, 3 June 2024

Ikut Lawatan

Ha, lama dah cerita pasal rombongan ni. Sekarang cuti sekolah, baru la ada masa nak update blog ni. Nak tulis post ni perlu ada mood juga. Hehehe..

Begini ceritanya.. Awal tahun hari tu, bulan Febuari, Cik Yaya ikut rombongan ke Thailand pergi lawatan penanda aras ke sekolah dan universiti sana. Seronokkkk. Pergi pula dengan kawan-kawan sekerja. Memang meriah dalam bas. Adala ujian sana sini, tapi yang seronok tu lebih banyak lagi. 

Kali pertama Cik Yaya ke Thailand dulu, Cik Yaya masuk ikut Imigresen Padang Besar. Kali ini tidak. Kami berkumpul di Imigresen Rantau Panjang seawal jam 7 pagi. Ramai betul orang. Sabar je la.. Dari imigresen Rantau Panang, kami tembus di sempadan Sungai Golok. 




Lepas tu bermulalah perjalanan kami menaiki bas menuju ke tempat tujuan. Terasa lama sangat dalam bas. Tidur jaga, tidur jaga, tidu lagi, jaga lagi, tak sampai-sampai. Rupanya, di Thailand ada peraturan.  Kata pemandu pelancong kami, Nan, bas tak boleh lebih 90km/jam. Terasa perlahan sangat.. Hahaha





The sceneries..

Akhirnya kami sampai ke tempat tujuan. Universiti yang kami pergi namanya Walailak University yang terletak dia daerah Nakhon Si Thammarat. 

Kedatangan kami disambut oleh siswa siswi disana yang telah pon lama menunggu kerana kami agak tersasar daripada perancangan asal... Mereka ada daripada Melayu Languange and Cultural Club (MLCC) di universiti tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan. Majlis malam tu pon menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Bermula dari ucapan sehinggalah persembahan. Macam-macam persembahan disajikan pada malam tu daripada tuan rumah dan ada juga persembahan balas daripada tetamu, Persatuan Penulis Johor. Pengalaman yang sangat menarik.



Nasyid.. Terbaik!

Koir..

Sketsa lawan-lawan gitu

Persembahan pantun jenaka macam tu.. Memang best!

Pertama kali mengenal Nazam..

Tarian Menora..

Keesokkannya, kami ke sekolah pula untuk melihat pengurusan sekolah di Thailand. Sekolah rendah Panya Saratham Munnithi. Bersih dan kemas sekolahnya. Masa kami sampai, sekolah tengah adakan Mesyuarat Agung PIBG. 




Buah bidara





Comeyyy


Dah panjang nau ni.. nanti Cik Yaya sambung tempat dan aktiviti lain pula.. Banyak benda nak cerita ni..

To be continue...