"Dua orang yang dilamun cinta tidak memandang antara satu sama lain tetapi mereka memandang pada sesuatu yang sama"
~Forensic Heroes IV~
It's blooming time!!
"Dua orang yang dilamun cinta tidak memandang antara satu sama lain tetapi mereka memandang pada sesuatu yang sama"
~Forensic Heroes IV~
It's blooming time!!
Hehe.. Apa yang 6? Jawapannya ialah anak saudara yang ke-6... Alhamdulillah.. Nurul Haura Shafira selamat lahir ke dunia. Ibunya pon sihat walafiat.. Welcome my dear.. We love you...
Banyak-banyak benda di sekolah baru, Cik Yaya paling suka murid-muridnya.. Hehe.. Bagi Cik Yaya, diorang murid yang baik.. Hormatkan guru-guru.. Ceria.. Bertanggungjawab.. Jujur.. Mendengar kata.. Comel-comel belaka.. Mereka la penghibur di sekolah. Bila masuk kelas, semua masalah letak tepi.
Sekarang ni belajar dari rumah secara online. Kelas Cik Yaya banyak menggunakan aplikasi Whatsapp. Tengoklah telatah mereka ni..
Masa nak tulis tajuk post ni Cik Yaya macam keliru sikit. Betul ke politik? Ke patut guna perkataan macam suasana? Environment? Ke nak ekstrim guna perkataan mazhab.. Hmm.. Tetap dengan politik dulu...
Kan Cik Yaya baru pindah sekolah... Sebenarnya semua tempat kerja ada politik tersendiri kan.. Tapi nak luah jugak!! Cik Yaya takuttttt... Takut tersalah langkah. Takut tersalah cakap.
Kenapa? Sebabnya ramai sangat orang-orang senior kat sekolah tu... Takut... Cik Yaya bukan seorang yang mudah bergaul, pandai berkata-kata dan pandai mengambil hati.. Cik Yaya takut terutama bila berjumpa dengan orang yang banyak bercakap. Jenis yang petah lidah. Mulut murai.. Lagi satu jenis yang berpuak-puak.. Tak salah ada kawan rapat kat tempat kerja. Tapi bawalah vibes yang positif. Aaaaaarghhh.. Burdennya rasa.. Ottoke?
What should I do? Sebabkan.. Orang-orang macam ni kan.. Diorang akan sentiasa nampak kesalahan orang. Kalau diam salah, bercakap pon salah... So, nak buat macam mana ni?? Cik Yaya tak boleh nak berlakon jadi orang lain. I am me!!
Mak kata, buat tak tahu je dengan orang macam tu. Buat je kerja kita sendiri. Betul.. Tapi.. Tapi.. Mampu ke bertahan?
Kenapa wujud orang macam ni eh.. Tak boleh ke guna mulut untuk benda yang berfaedah je.. Patutla ada peribahasa, kerana mulut badan binasa. Boleh tak tunjukkan perwatakan professional. Tak perlu kot buat geng khas untuk kutuk mengutuk. Kerjalah dengan ikhlas dan hormat antara satu sama lain.. Terutama bila dah senior.. Barula orang pandang tinggi.. Market pon naik. Tak nak ke? Mati ke kalau tak cerita pasal orang? Mati ke kalau tak cari kesalahan orang?
Cik Yaya berdoa semoga tiada apa yang buruk akan berlaku dan semoga mereka tak mencari pasal.. Harap mereka berubah juga. Please, please, please be good to each other. Kalau ada apa-apa masalah, bincangla depan-depan.. Toksahla bawa mulut... Ya Allah, kuatkan aku... Aamiin..