Thursday, 11 January 2018

2 tahun beb!!

Apa yang 2 tahun? Lama tu... Kalau baby, dah boleh jalan dah.. Haha..


Ni ha yang 2 tahun tu.. Projek tertangguh.. Kalau kira betul-betul, mau jadi dua tahun setengah ke 3 tahun.. Haha.. Tak kisahla.. Janji siap.. Bak kata radio mix fm yang Cik Yaya dengar pagi tadi,
"Bukan destinasi yang penting, tetapi perjalanannya."

Janji Cik Yaya enjoy!!! Kan.. Kan? Hmmm, puas hati dapat siapkan. Yey!!



Friday, 5 January 2018

Seminggu sudah..

Ya... Dah seminggu.. Tapi masih tak dapat menyesuaikan diri lagi.. Ya Allah.. Kosong.. Penguat semangat hanya satu.. Bila melihat wajah-wajah anak murid. Itu saja yang dapat menggembirakan hati.. Menceriakan perasaan.. Ya Allah.. Semoga semuanya semakin membaik.. Hari demi hari.. Amin... 



Wednesday, 3 January 2018

Projek Haziq




Doakan projek kami berjaya.. Hehe.. jiayouu!!

Harapan 2018??

Masih belum terlambat agaknya untuk Cik Yaya mengucapkan selamat tahun baru 2018.. Tapi 2018 ni agak suram bagi Cik Yaya.. Sebabnya berlaku perubahan drastik dalam hidup Cik Yaya.. Apa? Hmmm.. Tahun ni Cik Yaya berkhidmat di sekolah baru.. Ya, Cik Yaya dah dapat transfer!! Alhamdulillah.. Cepat atau lambat, perkara ni mesti berlaku. Syukur sebab sekarang dapat duduk dekat dengan mak ayah. Boleh dikatakan 'balik kampung'. Cuma, tak dapat nak terima lagi.. Rasa macam tak sedia.. Huhu.. Cik Yaya memang susah nak menerima benda baru.. Kesudahannya, Cik Yaya blank dengan tahun 2018 ni.. No expectation at all.. I just live my life day by day.. Doing everything I should do.. Pretending like everything is normal and still the same.. Hoping that everything gonna be fine.. Hoping the love is spreading and growing everyday.. My sadness will be gone and my strength will come back very soon.. InsyaAllah..



Mengharap...

Yang patah akan tumbuh..
Yang hilang akan berganti..

Amin...


Tuesday, 5 December 2017

Mak melayan Korea


Ha.. Cuba teka mak Cik Yaya tengah layan cerita apa? Haha.. Jangan main-main.. K2 tu.. Haha.. Mak Cik Yaya selalu kagum dengan watak utama yang mesti cinta mati dekat pasangan depa. Datangla orang ketiga yang cantik macam bidadari ka, macam bidadara ka.. Tetap tak berubah hati.. Kan.. Memang la mak oiii.. Kalu tak, tak jadi cerita la.. Haha..

Malam ni jam 11 pon tak masuk tidoq lagi.. Biasanya lepas Isyak, dalam jam 9 macam tu dah selamat dah masuk ke alam mimpi. Sebenarnya, kadang-kadang ja dia menonton.. Selalunya sibok ja.. Buat apa tah.. Cik Yaya pon pening.. Rasa macam tak de keja nak buat, tapi mak memang tak duduk diam. Ada je keja yang dia buat. Hmm.. 

Sapa kata jadi suri rumah tu senang? Susah kot.. Cik Yaya nak masak untuk diri sendiri pon kadang-kadang bermasalah.. Tak tau nak masak apa.. Tambah-tambah lagi bila kemalasan melanda.. Bila dah masak tak sedap la pulak.. Sebabnya kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak.. Uihhh.. Sakit jiwa.. Tu baru satu mulut, satu perut. Kalau banyak perut? 

Terima kasih mak.. Walaupon mulut ni tak selalu ucap terima kasih di hadapan mak (maluuuu), tapi dalam hati ni sentiasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt. Thank you Allah for this greatest blessing. Kakak akan berusaha jadi anak yang lebih baik. Yang dapat membahagiakan kedua orang tuanya. Semoga Allah menjaga mak dan ayah seperti mana mak dan ayah menjaga kami sejak lahir lagi. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia mak dan ayah.. Amin..

Selfie nampak.. 😁😁


Saturday, 2 December 2017

Resepi kole kacang



Yeyyyyy!!! Akhirnya berjaya jugak buat. Yaahoooo! Alhamdulillah.. Dah beberapa kali cuba.. Tapi tak pernah menjadi.. Kali ni menjadi akhirnya.. Jom kongsi resepi!

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung kacang hijau (Boleh beli yang siap kat kedai. Cik Yaya kidnap tepung putu kacang mak Cik Yaya.. So homemade la kiranya.. Hehe..).
2. 3 cawan santan 
3. 1 cawan santan pekat
4. 1 cawan gula merah
5. 2 sudu besar gula pasir
6. Secubit garam

Cara-cara
1. Kena buat taik minyak dulu. Masak santan pekat dalam kuali sampai jadi minyak dan taik minyak.
2. Asingkan taik minyak. Tinggalkan minyak dalam kuali. Oleskan sedikit minyak pada acuan/ bekas/ loyang yang akan diguna nanti.
3. Dalam bekas lain, larutkan gula merah, gula pasir dan garam dalam santan. Tapis.
4. Campurkan tepung kacau hijau dan kacau sebati. Adunan ni memang cair.. 
5. Gunakan kuali yang buat taik minyak tadi.. Tuang adunan dan kacau. Kalau rajin, boleh campak sehelai daun pandan yang telah disimpul bagi wangi. Lama-kelamaan, ia akan memekat dan kacau sehingga tepung masak. Macam mana nak tahu? Senang ja.. Bila masak warna akan berubah. Dari kusam menjadi berkilat. Kena buat eksperimen sendiri baru faham..
6. Bila dah masak, tuang ke dalam acuan/ bekas/ loyang yang dah dioles dengan minyak tadi. Taburkan taik minyak di bahagian atas kuih. 
7. Biarkan kuih menyejuk dan set sepenuhnya. Kemudian bolehla dipotong dan dihidangkan.. 

Untuk resepi ni dapat sikit ja.. Kalau  nak lebih, boleh doublekan atau triplekan resepi ni.. Hehe.. Selamat mencuba!!



Tuesday, 28 November 2017

Haziq masuk jawi!!

Masuk jawi? Apa tu? Hehe.. Itulah istilah lain bagi berkhatan atau bersunat. Orang tua-tua ja yang masih guna istilah ni..

Akhirnya sampai juga hari ni.. Haha.. Dah beberapa tahun pujuk dia. Selalu dia mengelak setiap kali diajak.. Akhirnya tahun ni terbuka hati dia nak bersunat. Mungkin sebab ramai kawan-kawan dia yang dah selamat.. Tapi okey jugak sebab bila dia sendiri yang nak, dia pandai cari maklumat. Bertanya pada kawan-kawan.. Tanya pada ayah, tanya pada abang-abang.. Bila dapat maklumat, dia tak rasa takut sangat.. Hehe..

Hilangkan gementar dengan main tab. Huh, ye la tuuuuu!!

Tukar seluar dengan kain pelikat.. Persediaan pertama tu..

Muka lepas kena sapu krim kebas..

Kawan-kawan seangkatan yang akan bersunat.. Semua dok nerves tunggu dipanggil masuk.. 

Muka kesakitan selepas bersunat. Ni masa on the way balik ke rumah.

Balik rumah berpantang!!

Kawan-kawan yang datang melawat.. Hehe.. Comel je semua..

Tahniah Haziq.. Good job.. Dah selamat dah.. Semoga cepat sembuh dah sihat macam biasa.. Basikal dok memanggil-manggil tu.. Haha..