Saturday, 15 July 2017

Kelab Pengguna Sekolah




Hari ni temankan kawan Cik Yaya, Azilah mengiringi pelajar2 ke Program Kepenggunaan dan Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Bahagian Kapit. Seronok sangat.. Dapat beberapa ilmu baru.. Cik Yaya nak share dengan korang semua beberapa tip pengguna bijak yang Cik Yaya dapat dari ceramah tadi..
  1. Perasan tak masa beli emas, tokey kedai akan timbang sekali dengan tag harga? Sebenarnya berat tag tu saja lebih kurang 1.7g. Kita bayar harga yang tinggi untuk kertas tag tu.. Jadi tipnya ialah mintak pekedai bukak tag baru timbang. Kalau tak mau bukak, tak payah beli!!
  2. Baca agreement betul2 sebelum sign apa-apa dokumen.. Terutama sekali untuk insuran.. Beri perhatian pada tanda ni '*'. Ada makna tu... Jaga-jaga..
  3. Warranty card @ kad jaminan dan resit harus disimpan dengan baik dan diteliti isi kandungannya..Baca betul2 bahagian yg diwarranty. Kadang-kadang bahagian tertentu saja..
  4. Jangan baiki sendiri barang-barang yang masih dalam warranty.. Bimbang berlaku 'Broken seal' dan menyebabkan kita tak dapat ganti rugi atau tak dilindungi insuran. . 
  5. Jangan percaya dengan mulut manis salesman. Depa nak cukupkan target ja.. Salesman biasanya takkan bagi kita tengok waranty card sebelum  kita beli.. Sebab apa? Sebab apa yang tertulis dalam warranty is the truth pasal produk.. Tapi apa yang keluar dari mulut dia mungkin berbeza.. Kantoila kan?
  6. Bila beli barang elektrik, kena pastikan ada cop sirim. Bila buat wiring rumah, pastikan guna khidmat kontraktor berlesen. Bukan apa.. Andai jadi kebakaran, 2 benda ni yang akan disiasat untuk tuntutan insuran rumah. Kalau x cukup, tak dapat apa la jawabnya..
  7. Penimbang mesti seimbang supaya accurate. Kalau nampak penimbang yang senget, tak payah beli la kat kedai tu.. Penimbang tu dah jadi penimbang 'hantu'. 
  8. Jangan taksub dengan jenama. Barang murah tak semestinya kualiti rendah dan begitu juga sebaliknya.
Itu saja yang Cik Yaya dapat kongsikan.. Tak sia-sia I bangun awal hari ni.. Hehe.. Semoga perkongsian ini berguna hendaknya.. Amin..






Sunday, 9 July 2017

Resepi agar-agar kering..

Alhamdulillah tahun ni diberi kesempatan dan hidayah dari Allah untuk membuat agar-agar kering. Agar-agar kering ni kegemaran mak dan ayah Cik Yaya.. Dah lama diorang tak makan.. Mak tak pandai buat sebab kata dia tak dak orang nak ajar.. Orang dulu-dulu suka berahsia resepi... Pernah sekali saja Cik Yaya terjumpa agar-agar kering masa belajar dekat USM dulu.. Cik Yaya pon belikan untuk mak. Masa tu Cik Yaya ingat mak saja yang suka.. Rupanya ayah pon suka jugak.. Itu cerita lebih 10 tahun yang  dulu.. Lepas tu tak pernah jumpa dah.. Sampaila mak cerita yang dia terjumpa orang jual agar-agar kering sebelum bulan puasa hari tu.. Tapi dia tak beli.. Bila Cik Yaya tanya, dia kata sebab mahal sangat.. Aih, geram pulak Cik Yaya dengar.. Jadi Cik Yaya pon search kat google.. Hmm... Ada rupanya resepi.. Puas hati.. Dah dua kali buatkan.. Masa puasa dan masa raya.. Tak hidang dekat orang pon.. Sebab nak bagi mak dan ayah makan puas-puas.. Sambil makan tu, macam-macam la cerita kenangan yang keluar.. Hehe.. Korang nak resepi tak? Boleh buat untuk mak, ayah, mak cik , pak cik, nenek, atok.. Mesti diorang suka.. Kuih raya tradisional.. Menggamit memori.. Hehe.. Meh nak share resepi meh.. Versi Cik Yaya.. Versi derhaka.. Sebab kurang manis.. Hehe..

Bahan-bahan 
1. 125g agar-agar bertali
2. 300g gula batu
3. 2kg gula pasir (Resepi asal 2400g gula)
4. 2600ml air
5. Pewarna makanan

Terbalik pon terbalik la.. hehe.. Pandai-pandaila korang nak hidup..

Cara-cara
1. Basuh agar-agar bertali.. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan air. Didihkan sampai larut.
3. Masukkan gula batu dan gula pasir.
4. Bila dah mendidih lagi, tutup api. Masukkan pewarna yang disukai dan tuang dalam bekas untuk disejukkan.


5. Bila dah sejuk, agar-agar jadi keras dan liat. 
6. Potong atau terap agar-agar ikut kesukaan. Letak atas dulang.



7. Jemur sampai kering. Bila kering akan nampak ada lapisan putih dekat permukaan agar-agar. Ambil masa dalam 4 @ 5 hari jugakla.. 


Tara!! Dah siap.. Hijau Kuning.. Hidup Kedah!! Hidup Kedah!! 😉😉

Yang ni kali kedua. Excited sebab menjadi..

Walaupon tak da perasa, bila makan rasa nak lagi.. Addicted.. Mungkin sebab dia rangup di bahagian luar, tapi lembut kat bahagian dalam.. Kreatif betul orang dulu-dulu.. Tabik spring.. Hehe.. Akhir kata.. Selamat mencuba!!😄😄




Tragedi balik raya!!

Aaaaaa.... Malu!! Malu!! Sikit lagi nak tersalah naik kapal terbang.. Haha.. Yang tambah memalukan kena gelak kaw kaw ngan kawan-kawan.. Cis!! Patutla dari pagi Cik Yaya rasa tak sedap hati.. Macam ada benda nak jadi.. Haha.. Tapi Alhamdulillah.. Nasib baik bukan benda lain.. Kira ok la kan.. Hehe.. Dan hal ni menjadi peringatan pada Cik Yaya dan kawan-kawan.. Next time, jangan borak sampai tak ingat dunia.. Haha..


Kegembiraan di wajah-wajah yang nak balik raya.. Hehe..

Semua dah selamat sampai ke destinasi masing-masing.. Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya.. Jap, jap!! Ah? Ape? Third wisher? Hmm.. Putus asa dah aih.. No more third wisher!! Haha..



Saturday, 24 June 2017

Geram!!

Aish.. Mud kelaut nih.. Geram betul.. Buat Cik Yaya jeles ja.. Ni yang hilang sabaq ni.. Geram betul.. Cuba tengok ni..





Nampak tak? Geram sungguh!! Nasib baik x dak oven, x dak mixer kat sini.. Kalau ada.. Teruk Cik Yaya kerjakan.. Geram tengok.. Semua gebu gebas.. Inila keistimewaan Sarawak. Pelbagai jenis kek dihidangkan di hari raya.. Syioknyaaa!! Bukan saja cantik di mata, tapi kompem sedap di tekak.. Nanti balik rumah nak cuba beberapa resepi.. Hehehe.. Sabaq Yaya.. Sabaq!!

Thursday, 25 May 2017

Merungut tak sudah!!


Ok, mood tak baik. Baru ja lepas marah orang.. Bukan budak tapi rakan sekerja.. Kenapa? Sebab tak profesional.. Asik merungut ja.. Bosan dah dengar.. Adatla.. Kalau kerja, ada bos.. Sapa yang suka dengan bos? Tanya la sapa pon.. Mesti ada yang tak kena dengan bos masing-masing.. Bila diberi tugas, depan bos 'Yes boss'. Belakang bos, mengutuk, merungut 'Why me?'. Walhal benda yang disuruh tu tak susah mana pon. Kalau nak tau sangat 'Why you?', pila mengadap bos sendiri. Apa susah. Ni nak merungut belakang.. Fed up tau.. Bukan sekali, tapi dah berkali-kali.. Tolong la matured sikit.. Pliss la!!



Monday, 22 May 2017

Sedih...


Dalam wassap family.. Ayah terjumpa foto-foto lama masa mengemas.. Siapa ni?


Siapa? Siapa? Hehe.. Cik Yaya la!! Comel kan.. Tu yang buat Cik Yaya sedih.. Sebab sekarang baby ni dah tak sempurna.. Sangat sedih.. Apa salah baby ni? Kenapa dia diuji sebegini? Sedih.. Mesti mak lagi sedih.. Anak yang dilahirkan sempurna dah tak sempurna lagi.. Satu persatu nikmat ditarik balik oleh sang pencipta.. Dalam redha kadang kala keluar juga rintihan.. Pertanyaan.. Kekesalan.. Sesungguhnya manusia itu lemah.. Cepat lupa.. Lupa dengan nikmat Allah.. Ya Allah, bantu aku Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini.. Redhakanlah hati ini.. Amin... 




Happy teachers day!!