Nah,, Cik Yaya belanja gambar di awan biru... Bosan sngat dalam plane sebab naik sorang-sorang.. Lagi pulak tak penuh pun plane hari tu... Sebelah Cik Yaya pun tak ade orang... Biasanya bila pergi/balik semenanjung ada geng.. Boleh berborak.. Apa pun, Alhamdulillah.. Selamat pergi dan kembali... :)
Wednesday, 22 April 2015
Friday, 17 April 2015
Pertandingan kereta belon..
Acara kereta belon ni diadakan sempena Bulan Sains dan Matematik SMKK2. Sangat meriah. Sebanyak 32 kumpulan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 terlibat.. Cik Yaya nak kongsi beberapa keping gambar sekitar pertandingan berlangsung..
Kita bina dulu kereta belon!!
Ha.. dah siap...
Tunggu apa lagi, panaskan enjin (tiup belon, ekekeke), ke garisan... 1, 2, mula!!
Haha.. Paling jauh 6.27m.. Okla tu.. Tahniah kepada pemenang-pemenang.. Hadiah cikgu hold dulu yer.. Tunggu majlis penutupan nanti.. Harap bersabar.. Heheh.. Terima kasih pada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.. Tahun depan, kita adakan lagi yer.. (^_^)*
Sunday, 8 March 2015
Rasa hati..
Sekarang pukul 4.20 pagi. Cik Yaya terdengar kokokan ayam.. Kokokan tu membuatkan Cik Yaya rindukan rumah. Alangkah selesanya kalau berada di rumah saat ni. Dari dulu lagi.. Sejak dari matrikulasi, sejak dari zaman universiti.. Sampailah sekarang.. Perasaan yang sama... Kokokan tu membuat Cik Yaya rindukan kehangatan kasih sayang di rumah. Rindukan desir angin yang menderu.. Rindukan mentari yang menyinar.. Suasana yang tercipta berbeza bila berada di rumah. Membahagiakan...
Sungguh, Cik Yaya rindukan rumah!! (T_T)
Thursday, 5 March 2015
Melepas gian mengekek...
Mangsa: Ahli Kelab Pengguna, Ahli Kelab Robotik dan Rekacipta, Ahli Kelab ERT, serta guru-guru pengiring (nasib ler korang)
Lokasi: Bilik ERT
Aktiviti: Bergotong-royong membersihkan dan mengemas bilik ERT (itu pelan asal)
Menu yang terpaksa dijamah: Penkek dan kek coklat (Hasil melepaskan gian)
Reaksi: Muka kelat, mulut terpaksa menelan dan kepala mengangguk-ngangguk (haha)
Nak cikgu masak lagi ke?? Haha..
Monday, 2 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Itik berenang dalam perigi, Ayam nampak geli hati, Seminggu lagi sekolah cuti, Wow, berbunga- bunga rasa hati. Ayam ketawa masuk longk...
-
Pertama kali rasa kuih ni memang tak boleh nak terima. Tapi bila dah kali kedua ni.. Aik, macam magic.. Sedapnyaaaaa!!! Rupa kuih ni...
-
Selalu sangat dengar kan? Teringat satu masa dahulu ada kawan yang mempersoalkan maksud kedua perkataan ni.. Yang Cik Yaya tau, Hidayah mak...






















