Saturday, 31 May 2025

Down Memory Land 3

 Jamuan Akhir Tahun Persekolahan Sesi 2024/2025

Tema: Colours of life







Cik Yaya bertuah ye malam tu... Rare incident ni.. Hahahaha

Makan time! Penuh mulut tu! 
2 saat yang dapat menceritakan siapa Cik Yaya. Hahahahaha

Kami cikgu-cikgi! Amacam? Berwarna-warni ke tak?

Down Memory Land 2

Dah lama cerita ni. Cik Yaya ke Paris Van Java.. Cheewahhh.. Paris baqhang! Bandung je korang.. Hahahaha

Sebelum korang meneruskan pembacaan, nak maklumkan bahawasanya tujuan utama trip ni adalah untuk MAKAN.. Hahahaha.. 
Jangan bosan la tengok gambar makanan. Jomm

Kami sampai KLIA awal. Hmmm...

Makan dulu, habiskan masa. Mana-mana pi nak mee.. Ini me kari nyonya. Mebeles!

Muka happy nak berjalan lepas makan meeee

Yeyyy dah terbang

Dalam flight mee lagi!! Mi wanton

Sampai Jakarta, terus diambil oleh Pak Supir. Kita mulakan 3 jam perjalanan ke Bandung.

Singgah R&R sana.. Untuk sembahyang. Satu benda yang mengejutkan dan tak boleh nak hadam kat sini. Tempat sembahyang tak diasingkan lelaki dan perempuan. Sepanjang di sini, masjid ni sahaja yang asing. Perempuan di tingkat atas, lelaki tingkat bawah. Tapi tempat wuduk pula tak tertutup penuh. Tempat solat lain semuanya lelaki di hadapan, perempuan di belakang. Tanpa penghadang. Waima di airport Jakarta. Ada pemisah sebatas pinggang sahaja. Boleh cak-cak lagi.

Nampak tak kedai tu tulis Tahu Semedang tu.. Ha, makanan pertama di Indonesia.

Inilah rupanya. Tahu ni ada yang berisi dan ada yang kosong. Kami beli juga tempe goreng. Dia bagi sekali cili padi utuh. Takde pon pencicah. Sedih..Masa makan tu, rindu sambal kicap, rindu sos cili.. Rasa tahu biasa tapi lembut sikit teksturnya.

Sampai di Bandung dah hampir malam. Pertama, kami dibawa ke kedai Rumah Kain Sulam MCollections. Sini boleh beli fabrik dan boleh buat tempahan baju terus. Sebab tu ni jadi lokasi pertama kami kot. Danla baju nak siap sementara balik kalau menempah.





Harganya boleh tahan. Kami window shopping je kat sini. Ini bukan tujuan kami. Hahahaha.


Ha.. Ini yang kami cari.. Makan malam dulu sebelum ke hotel. Kami meratah iga bakar. Nasi dilupakan.

Check in hotel.

Ada Indomart kat depan hotel, keluar balik pergi beli jajan. Hahahaha



Esoknya berangkat ke Kawah Putih. Masa naik ni, Pak Supir tutup aircond, buka tingkap. Freshnya rasa.. Sejuk udaranya. Lalu kawasan penempatan dulu lepas tu baru kawasan hutan. Memang subur tanah sini. Nampak banyak kobis, brokoli dan macam-macam tanaman yang segar-segar. Geram rasa. Geram nak masak!

Sampai kawah putih. Sini kena pakai mask. Ada bau sulfur yang kuat.





Suasana kawah putih yang foggy.. Cuaca tak berapa elok masa kami sampai. 


Ladang teh..

Teruskan perjalanan lagi. Nampak orang naik kereta kuda.. Kata Pak Supir pelancong boleg cuba. Tapi.. Cik Yaya tak sanggup.. Kesian kat kuda... Dahla pelancong berdua ni muatan berat.. Hahahaha.. #sedardiri







Kita petik strawberry. Huh, tamakkk!

Singgah beli avokado. Murah amattt

Singgah makan tengah hari dan sembahyang.


Singgah bergambar di bangunan ikonik Bandung iaitu Gedung Sate. Kata Pak Supir, dipanggil Gedung Sate sebab kat puncak tu ada replika sate.


Singgah beli ubi cilembu. Manisss


Menonton persembahan Angklung. Mahal juga tiket masuk, tapi berbaloi rasa.


Lepak di cafe ni sementara menunggu persembahan bermula







Pengalaman main angklung


Dapat peluang mengenal Angklung. Best sangat pengalaman ni.



Hasil tangkapan hari kedua. 
Tak ingat kami makan malam apa sebelum balik hotel.



Hari ketiga, sebaik saja selesai sarapan, Pak Supir datang menjemput.  Kami mulakan dengan bershopping di Pasar Baru. Takut sikit kat sini. Katanya banyak pencopet. Pegang erat beg tangan semua. Kena berhati-hati.




Kami makan tengah hari bakso. Sedap amat.. Portionnya banyak dan berbaloi sangat dengan harga. Tengokla betapa gembiranya kawan Cik Yaya. Nama tempat Bakso Semar Asli. Tapi bukan di kedai yang kami makan ni, tapi di rumah towkeynya. Adiknya yang jaga tempat ni. Kebetulan Pak Supir kami berjiran dengan towkeynya. Sini privasi sangat. Puas hati.

Lepas makan, kami pusing-pusing kota Bandung dengan Pak Supir. Kami mendengar cerita dia sambil tengok view kota Bandung. Kat Bandung, bangunannya bangunan lama. Bangunan peningalan  Belanda. Jadi kalau kita tengok kedai-kedai kat sini, binaannya unik dan berbeza antara satu sama lain. 


Contoh bangunan KFC ni. Unik kan? Gambar lan tak ada. Asyik sangat ambil gaambar dalam kepala. Hahaha

Lepas tu kami checkin hotel baru atas sebab-sebab tertentu.

Rehat kat bilik je petang tu. Letih dah jalan-jalan kat Pasar Baru. 
Kemas-kemas barang yang dibeli segala.




Keluar semula untuk makan malam. Makan lagi iga bakar tapi yang ini versi jumbo di kedai viral Iga Galabag. Sedapppp. Sate kambing dia pon sedapppp. Terliur aih tengok gambar ni..


Lepas tu jalan-jalan amik suasana malam di kota Bandung di Braga street. Banyak cafe di sini. 
Ramai anak-anak muda lepak kat sini.










Penat berjalan, naik benda alah ni, Tak ingat dah namanya. 
Lepas tu balik hotel. Tamat hari ketiga.





Hari keempat, hari kembali ke tanah air. Singgah beli buah tangan di kedai Tiga Rasa. Kat sini ada aneka kerepek dan dodol Bandung. Boleh rasa dulu sebelum beli. Sedap-sedap semua. Rambang mata nak memilih. Paling Cik Yaya suka ialah pisang salai, kerepek sagu tempe dan kerepek bawang tempe. Sedapppp!

Lepas tu kami bertolak ke Lapangan terbang Jakarta. Sebelum sampai airport, singgah di Restoran Pagi Sore untuk makan tengah hari. Restoran ni terkenal dengan nasi padang.


Boleh pilih mana-mana lauk yang disukai. 
Kami suka keropok kulit lembu, sambal jering dan gulai tunjang.

Okey dah kenyang. Jom balik Malaysia tercinta. 

Hidangan terakhir trip untuk MAKAN. Nasi lemak Pak Naseer dan kopi O! Oooyeahh

Kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi di Malaysiaku. Hahaha..
Rindu Malaysia! Sayang Malaysia!