Sunday, 23 March 2025

POV


Ha! Siapa kata? Siapa kata perempuan tu dah move on? Yakin je lelaki tu. Entah-entah perempuan tu tengah mengintai sambil sembunyikan diri kat belakang pokok sebab tak mahu jumpa lelaki tu depan-depan. Takut perasaan dia akan terluka lagi. Ha! Tak mahu ingat sejarah lama. Ha! Perempuan tu sedar kewujudan lelaki tu depan dia tapi dia kawal diri dia. Ha! Sebenarnya dia masih tak move on. Dan tak akan move on selamanya. Cuma dia belajar terima hakikat yang dia dan lelaki tu tak akan bersama lagi. Selamanya. Ha! Bak lagu ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki 
Namun sempat jua kau menoleh ku disini

~Lamunan terhenti~
Aris Ariwatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ha!

Thursday, 13 February 2025

Officially started!!




Sesi baru dah bermula setelah mesyuarat pertama berlangsung dengan jayanya!! Yey!!

#dontpayattentionatall
#whyamIhere
😝

Wednesday, 29 January 2025

Tragedi CNY

Aku maluuuuu..  Hahahahaha...

Sekali lagi mengutip cerita memalukan dalam hidup.. kihkihkih.. Ceritanya, Cik Yaya terjatuh di khalayak ramai! Hahaha.. Mana tak ramainya, kedai tu je yang bukak hari ni.. Kan hari ni cuti umum sempena Chinese New Year.. Korang boleh bayangkan bertapa crowdednya kedai tu hari ni. Boleh pulak masa nak keluar dari kedai tu tergelincir, split kaki macam ballerina terlatih pencen. Hahahahaha.. Lepas tu bangun sendiri dalam keadaan terpinga-pinga sebab tak percaya benda tu terjadi. Tengok kanan, tengok kiri, mencicit masuk kereta. Dalam kereta terus ketawa terbahak-bahak. Maluuuu. Sakit tu tidak, hanya maluuu. Tapi kan, sebelum balik rumah sempat singgah beli burger dulu.. Siap bercerita dengan kak Midah, kakak kedai burger pasal tragedi tu..  Ketawa besar dia laki bini. Hahahaha..

Pernah terjadi kes yang sama masa muda belia dulu. Terjatuh masa melintas jalan. Ambil masa lama jugak la nak menerima hakikat. Tapi hari ni berbeza. Usia memang mematangkan kita kan. Hal-hal sepele tak lagi mengganggu hidup kita. Alhamdulillah..

Cuma satu harapan Cik Yaya, semoga tak nampak la apa-apa aib masa jatuh tu.. Hahahaha.. Rasa macam jatuh dengan sopan santun dah tadi... (^0^) Hohohoho.. Bye3 


Saturday, 11 January 2025

Lemah dan lelah

Sesuatu berlaku di sekolah semalam. Dan hal itu sangat membebankan Cik Yaya. Sampai rumah semalam, Cik Yaya rasa sangat sedih, lelah dan penuh penyesalan. I wish I had someone that I can hug and let everything go. But I got none. Too bad. Jadi semua perasaan tadi terpendam. Cik Yaya masak, makan, bersihkan rumah, mandi, menjalani rutin macam biasa. Tak baguskan.. Sebenarnya jarang Cik Yaya mengalami mental breakdown macam tu. Masa warded seorang pon Cik Yaya kuat dan boleh survive sendiri. Takde rasa-rasa yang membebankan. I'm quite tough and stoic. Tapi tula manusia kan.. We do have our lowest point. When we reach there, we need someone! That's a fact. And now, I am there. Doakan Cik Yaya dapat lulus ujian kali ni. Dengan waktu persekolahan yang berbaki 5 hari lagi ni, doakan Cik Yaya tabah dan diberi kemampuan untuk mengharunginya. Lepas tu, bolehla bercuti dengan aman. Indonesia is waiting for me to come and explore! Ooo yeahh

#bloggingsometimeshelp

#myonlinediary